Bukak-bukak dashboard, tetiba je bertukar new blogger interface. Serabut hoiiii. Teraba-raba jap nak cari button create new post. Tah mana-mana tah dicampaknya. Hampeh tol lah lah blogspot ni. Old interface dulu tu friendly user sikit. Apa-apa je lah mak jemah oiii.
Berbalik kepada tajuk asal, semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M ni. Pelajar IPTA ke IPTS ke dua-dua dapat :)
Wahai pelajar-pelajar universiti sekalian, dah ambil dah kad ni???
 |
*image oleh pakcik google*
Tempat yang boleh guna kad siswa ni dan boleh dapat diskaun katanya :
Buku & Alatan Tulis MPH Bookstores Imlaq Book Centre BORDERS RONA Kiang Trading Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian Bata iFamily Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad Texline Lino
Klinik / Optometri / Cermin Mata Poliklinik An-Nisa' Qualitas Health Focus Point Menara Optometry
Makanan Dan Minuman KFC Daily Fresh A&W Coffee Berry The Chicken Rice Shop Restoran Kenny Crab Sweet Chat Legend's Claypot Bariyani House Dubu Dubu Seoul Food My Java Coffee Pancake House International Station One Cafe Gloria Jean's Coffee Bangi Kopitiam
Hotel dan Penginapan Ancasa Hotels & Resorts Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson Jerejak Rainforest Resort Penang Ancasa Express Pudu Tune Hotel Leo Express Hotel Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad Rakyat Travel SDN BHD
Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan Foot Master Paris Hill Proactiv Clara Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad
Produk IT Koperasi Celcom Berhad Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
Lain-Lain BKZ Bikerz (Motosikal) Roller Star Arena (Kasut Roda) Double Site (Helmet / Aksesori Motor) Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad MYDIN
|
Kenapa Topshop, Forever21, Zara dan seangkatan dengan nya tak boleh terima kad ini??? arghhh stresssss *gayut atas ampaian baju*
Tapi bagus jugak tempat-tempat lagha macam tu tak boleh guna kad ini. Elok-elok boleh jimat, banyak lagi pembaziran yang berlaku. Terus jadi kawan syaitonnirrojimmmm. Takmo takmo takmo .Kepada student yang rasa nak bergaya pergi KFC dengan kasut BATA dan dapat diskaun makan ayam kfc dan cheesy wedges tu, boleh lah ambil cepat-cepat kad diskaun 1 Malaysia ni haaa. Ambil dekat universiti masing-masing ok. Lepastu sambil hulur Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ni dekat abang/akak cashier KFC tu laungkan kuat-kuat
MALAYSIA BOLEH!!!!!!!! *tetiba*
Tidak ada komentar:
Posting Komentar