"nak aiskrim tak? Ibu nak buat ni"
Sesuatu sangat ibu aku ni tetiba tanya nak aiskrim ke tidak.
"Kalau aiskrim malaysia tak nak ah. Baik minum air letak air batu je" jawab aku dengan sopan
"takk lah ni aiksrim macam baskin robbins tu"
Perghhh macam baskin robbins yang tak tahan tu. Mampukah ibu aku ni berbuat demikian??
Terus aku bayangkan aiskrim seperti ini. Ngaaaa
Tengok cara-cara nak buat aiskrim ni senang sangat! Budak tadika pon boleh buat. Aku pon try jugak lah buat. Cuma rasa aiskrim ni tak ada lah sebijik macam Baskin Robbins punya aiskrim. Apatah lagi aiskrim Haagen Dazs. Rasa sipi-sipi tu ada lah kot. kehkeh tapi still boleh diterima anak tekak lah.
Ni bahan-bahan nak buat aiskrim:
@ 1 tin susu cair
@ 1/2 tin susu pekat (suku je pon boleh, ikut manis masing-masing.Aku prefer letak suku je)
@ 1 biji telur
@ 1 sudu kecil esen vanilla
@ 1 sudu besar Ovalett (cari yang HALAL ok!)
Ok tu je bahan-bahan nak buat aiskrim. Senang je kan???
Untuk perasa:
ok ni tak kesah nak buat perasa apa pon. Aku guna
@Durian (nak habiskan durian punya pasal)
@Milo
@Strawberi Emulco
Dan goyang gerudi kan lah ia selama 15 minit- 20 minit. Haaa part ni yang boleh buat berketul muscle. Gelek je lah tanpa henti.
Sampai lah dapat tekstur yang pekat dan likat macam ni. Ala-ala cream tu. Dah nama pon ice cream kan?? Wajibulghunnah benda ni akan jadi cream. Kalau nama nya ice box,mungkin kena tunggu sampai tekstur nya menjelma menjadi sebuah kotak? eh
Sebab kan aku buat lebih daripada satu perasa. Aku asing-asingkan lah untuk buat pelbagai perasa. Kalau nak buat satu perasa tu je, tak payah asingkan
Ni perasa durian. Better kacau guna stand mixer bagi durian ni hancur lebur sikit
Yang lain guna sudu pon boleh. Agak-agak je letak strawberi emulco ni
Milo!
Lepastu dekat atas nya boleh lah tabur-tabur kan nasi coklat (perghh tak urban nya nama). Ok boleh taburkan chocolate rice ke kismis ke coklat cip ke, badam ke. Suka hati lah nak tabur apa pon, janji kau happy. Pastu boleh keraskan dalam peti ais
Haaa keras dah! hihi. Perasa durian, stawberry dan milo
Sebab family aku ni hantu durian, buat lagi perasa durian dengan strawberi lagi sebekas.
Senang je kan nak buat aiskrim ??? Haaa macam ni lah cerita dia macam mana nak buat aiskrim sendiri dekat rumah. Siapa yang nak cuba, selamat mencuba! :D
Tidak ada komentar:
Posting Komentar