Aku suka gila makan Burger Malaysia. Korang tahu burger Malaysia?? Kalau dalam carta kuih yang aku minat. Kira burger Malaysia jatuh nombor dua lah. Kira agak tinggi jugak lah dalam carta kan?? Sebab nombor satu adalah Karipap. Tapi aku tak nak cerita pasal karipap. Aku nak cerita pasal Burger Malaysia. Sedap wooo burger Malaysia ni. Ini lah ghupe dan reka bentuk burger Malaysia ni. Comel comel kiut miut je semuanya
![]() |
ihsan pakcik google |
Aku dok lah ngokngek ngokngek dengan encik SS
CE: Hari ni berbuka dengan burger Malaysia. Sedap woooo. Dah 3 bijik telan
SS: banyak nya sampai 3 bijik. Ni buka puasa ke melantak?? Sebijik pon dah nak meletop perot makan. ni pulak 3 bijik
CE: alaa kan kecik je burger Malaysia. Bukan macam burger pon. Kalau burger 3 bijik telan, tu ye lah buruk lantak namanya
SS: Sedap sangat ke burger Malaysia tu??
CE: laa tak pernah makan ke? yang ada sambal dekat tengah tengah tu lah
SS: cehh ingatkan burger yang burger tu. Cakap la burger sambal. Dok burger Malaysia lah hape lah. cehh
CE: laa dah nama dia burger Malaysia. Kalau nama dia burger Zimbabwe. ye lah orang panggil kuih tu burger Zimbabwe.
SS: Mana ada orang panggil burger Malaysia. Orang panggil BURGER SAMBAL! Tak pon ROTI SAMBAL. Hape pulak Burger Malaysia. Adeh.
CE: wakluuuuuuuuuuuuuu BURGER SAMBAL. Mana ada orang pangggil Burger Sambal. Roti Sambal lagi pelik bebeno bunyiknya
SS: cehhh Burger Malaysia lah sangattttt. BURGER SAMBAL lah nama kuih tu!
Perghhhhhh dia ni kalau bercakap memang tak nak kalah. Menguji kewibawaan, kesabaran dan kejantanan aku je bertekak dengan dia ni. Pasal burger Malaysia pon boleh bawak gaduh. Sibuk sangat nak menang, padahal bukannya betul pon apa bijik butir dia cakap tu. Mana lah aku tak hangin. Dah lah salah, pastu taknak mengaku kalah pulak. cehhh
Dalam pada aku bertekak dengan dia ni. Tetiba pulak aku pon dah jadi konpius dah. Betul ke nama kuih ni BURGER SAMBAL or ROTI SAMBAL?? Tapi aku tetap confident dan kembang hidungnya dengan jawapan aku iaitu kuih ni nama BURGER MALAYSIA kan?? kan?? sila jawab. Tolong lah bagi aku rasa kemenangan. Boleh lah aku kembang hidung sebesar lapanplohnam cm dengan megahnya selepas ini.
Betul lah kan nama kuih ni BURGER MALAYSIA kan??
ok bye!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar