![]() |
ni RUNNING MAN yang kekal lah tiap tiap episod ada. Tapi depa ni semua lawak dan ada character masing masing |
![]() |
Then tambah lagi sorang perempuan jadi Running Man. Song Ji Hyo yang tengah tu. Song Ji Hyo ni yang pernah berlakon Princess Hours tu |
GwangSoo: sengal nak mati dia ni. Ekspresi muka dia lawak. Dia tak buat hape pon lawak. Dia ni selalu kena buli lah dalam Running Man ni
JongKook: dia ni paling kuat dalam Running Man. Kuat dalam segi tenaga lah. Kalau part nak mencari cari barang dia ni memang tak boleh diharap. Kalau game yang memerlukan energy memang semua cari dia ni lah nak buat geng
JaeSuk: Baru aku tahu dia ni pemes dekat Korea, pemes gila kot. pergi mana mana mesti ada fans dia. Dia ni macam Aznil lah kalau dekat Malaysia. Pengacara yang best dan lawak kalau dekat Korea dia ni. Dia pon best jugak. Lawak dia lawak yang boleh diterima
SongJiHyo: The only perempuan yang dalam ni. Dia ni orang panggil Blank Ji hyo. sebab dia ni memang sentiasa blank dan blur. Tapi kadang kadang datang jahat dia, dia suka gak buli orang. Dia dengan Gary ala ala couple lah dalam ni. depa dikenali dengan "monday Couple"
JoongKi: Pretty boy dalam ni. Mamat paling jambu lah antara semua. Dia ni otak dia bijak sikit. Kalau benda benda guna IQ dia ni boleh diharap
SukJin: dikenali sebagai "Big Nose hyung" sebab hidung dia besar. dan dia ni lawak jugak lah. dia dengan Jae Suk yang tua sikit dalam show ni rasanya
HAHA: Haha ni pon lawak gila. Lawak dia lawak yang dia ni macam gila. Sibuk dengan anak patung dia. Kadang kadang tengok dia ni macam gila. Tah aku nak explen pon tak tahu. Tapi memang lawak ah mamat ni
Gary: dia ni lah Monday Couple dengan Ji Hyo. dia ni pon lawak jugak. Pulak pulak ada orang macam rapat dengan JiHyo mula lah dia jeles. awal awal episod ada game snap snap pic. Kalau ada Gary ni mesti dia selalu menang game tu pastu muka dia tenang je even tangkap gambar situasi hape pon muahahaha
depa ni semua lawak ah yang pastinya. Korang kena tengok baru korang tahu
Game show ni tiap tiap minggu game dia lain lain. Tapi aku suka part yang "hide and seek". Pulak pulak siapa yang dapat tangkap dengan Sparta Kook (Kim Jong Kook) mesti tak boleh lepas punya. Kuat dia ni. Muscle pon berketul ketul. Makan hape pon dia jaga nak bagi badan dia still berketak
![]() |
selalunya akan divide to 2 team |
![]() |
time ni guest Park Ye Jin |
Aku suka episod Park Ye Jin jadi guest. Episod 37. Lawak ouh time ni. Gelak gelak sampai terkeluar air mata aku tengok episod ni.
![]() |
episod ni best gak |
![]() |
ni lah Changmin and Yunho (DBSK) |
Reason yang paling best kenapa aku nak tengok Running Man ni adalah kerana NICHKHUN !!!!
![]() |
auwwww cutenyewwwwwwwwwwww~ |
Kenapa lah si NICHKHUN ni tak jadi RUNNING MAN tetap? Kalau ada dia lagi best. Tapi dia ni pendiam sikit. Tak banyak cikadak sangat. Tapi kuat jugak lah dia ni. Ada 2 3 episod jugak lah si NichKhun ni datang jadi guest
![]() |
time ni dia dengan Taecyon jadi guest |
![]() |
alololololo comelnyaaa NICHKHUN ni. *jatuh hati |
![]() |
Jae Suk ni pon lawak jugak |
Aku tak pernah tengok lagi FAMILY OUTING. baru tengah layan RUNNING MAN ni lah. Orang kata FAMILY OUTING ni pon best jugak. Sebab ada Jae Suk, Jong Kook dengan Lee Hyori. Tapi aku dah dapat dah full episode depa ni. dan lagi satu tengah nak layan KHUNTORIA !!! KHUNTORIA sangat sweet. sebab ada NICHKHUN!! dia olok olok kawen dengan Victoria f(x) dalam We Got Married
Korea punya variety show kebanyakan nya best best lawak lawak. Dulu aku pelik pelik tengok kawan kawan aku layan show depa ni. Siap perli perli lagi. Kutuk tu tak payah cakap lah. Memanjang aku nampak depa tengok mende mende korea tu manjang tu aku kutuk. Sekali aku pulak yang sangkut tengok natang natang ni semua. muahahaha
Tapi kalau korang baru nak berjinak jinak tengok, aku sarankan korang tengok RUNNING MAN ni. Seriously lawak nak meninggal tengok depa ni. Kalau korang tak gelak, kemungkinan besar urat gelak dalam badan kau dah putus.
ok bye!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar